Friday 16 November 2012

sila baca.

assalamualaikum
hye hye hye.

hahaaa.. kenapa tiba-tiba ketawa? haha. sengaja.

aku ada berita gembira.
macam ni, ruang karya aku aku dah tukar jadi Dia dan Diri ku.
dah terisi dah.. 

sebenarnya, ada cerita awal dia. tapi dalam buku. malas nak type. makanya, aku ceritakan kisah beberapa tahun kemudian. 
hehee... 
kalau ada request nanti baru aku plan akan publish. (bajet ramai followers)

oh ya, tajuk tu sebenarnya aku tak pernah fikir lagi. tajuk tu sekadar tajuk je. tak official pun.

karya ni karya siapa, biarlah aku sendiri yang tahu. hihii

sekian wassalam.

Monday 11 June 2012

exam week


Tepat 8:37 p.m ni maka tinggal 17 jam 23 minit lagi aku bakal memduduki peperiksaan dakwah yang merupakan subjek wajib university aku. Maka semua pelajar university aku wajib mempelajari dan wajib lulus dalm subjek ni. Tapi aku nak cakap pasal exam aku. Aku belum cover sebenar-benar cover subjek tu. sebab aku study ikut soalan dan soalan yang di spot. Pasal soalan spot ni aku tak pasti dari sapa jadi aku buat endah tak endah. Sebenarnya, aku endahkan jugak.

Tapi budak2 cakap soalan ni akan keluar. Bagus dah. Kalau tak keluar, alamat aku la keluar. Ye la, keluar dari dewan peperiksaan. Tapi, bak kata sarjana2, cendekiawan2, ulama’2 serta masyarakat terdahulu, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Dah alang2 soalan dia MCQ. Kasi bulat sajala. Buat apa nak frust  kan diri mengeluarkan diri, menghayun kaki keluar dari dewan peperiksaan itu. aku tak pernah berniat, dan takkan buat. bak kate member merangkap roommate aku. go through je.. dan kalau ikut jiwa aku yang kadang2 berfikiran negative ni, buat masa dan ketika itu, aku akan berfikiran positive la..
Sebab moto hidup aku, think positive. Always. walau hakikatnya, aku bukan la positive sangat. buktinya, aku negative HIV. (tak de kena mengena)

Saturday 19 May 2012

burung hantu bengong


Semalam ptg aku tido. Pastu aku bangun. Mandi. Solat dan sebagainya. Malam tu aku buat bisnes punye powepoin nak present khamis. Pastu aku ngantuk. Pastu, aku bosan buat bisness. Aku msg fiza. Ajak dia pekena Nescafe study bisnes ade quiz due date dia selasa. Aku bancuh 1 stik je. Pastu fiza bancuh 2. Aku xpernah buat, maka aku cuba buat.

Kesannya, amat terasa. Fiza dah biasa. Aku yang tak biase ni, sampai ke 5 pagi aku x tido. Nak tido dekat2 subuh dah. Dan alarm pagi td mmg xsempat dering lama aku dah bgn. Sebab memang aku tak mampu tidur. Serius. So, aku mengadu pada kak limah, nasihat dia, lain kali bancuh 5 stik terus. Aku mengadu pada mak pulak pagi tu dalam pukul 7 aku tepon setelah xdpt memejamkan mata walau seketika. Pesan mak, lain kali buat lagi ye.. ape dibuat tak boleh tidur pegi la beribadah. Heheee…  pg tu aku tepon mak, awal2 lg dah dengar suara munik gemok tu mintak makan. Pastu dengar suara bapak suruh masak pulut. Konklusinya, kalau nak tepon kg, tepon pg2. Mesti semua suara pun aku dengar. Heheee… J

Sebenarnya aku nak abadikan dalam warkah ni, yang aku tak dapat lelap mata 1 malam. Aku harap, xjadi lagi. stress kot wei tgok fiza telan 2 stik nyenyak je tdo.. aku lak gelisah sendiri. Xleh bla tu siap msg k.limah lg. bile aku check kredit  td dah 0.00 sen rupanya. Pembaziran. Brrrrr….

Rindu la kat orang tu… eehhh.. kat mak n pak… hehehee J