Saturday 26 November 2011

selamat menyambut maal hijrah !


marilah kita pasang niatuntuk menjadi lebih baik dari tahun lepas.
marilah menjadi orang yang lebih berguna berbanding tahun-tahun lepas.

walaupun tahu, untuk menjadi baik itu adalh sukar.
tapi, apabila kita pasang niat untuk ke arah itu, insyaAllah ada pertolongan dari yang maha esa.

sebab, kita hanya mampu merancang. Allah yang tentukan.

apa-apa pun yang kita hadapi, yakinlah Allah lebih tahu.


Tuesday 22 November 2011

sendirian

berjalan atas jalan..
berpanas sambil berpayung..
payung berwarna biru..
bunga2 putih..

ditemani lapy aku dalam beg FSO aku.
 hari ni,
berbaju biru cerah.
sama warna mcm semalam.
tapi bukan baju semalam.
baju semalam dah basuh...

jalan.
jalan.
dan jalan..

dari library..
mengedit video BI...
sebelum tu mendownload software... 
movie maker je..
software lain sangat lambat..

dan aku mengaku.. 
aku berangan dalam perjalanan ke kk1..

sebab 
aku sendiri.
kalau tak, aku takkan berangan..
 berangankan klon ML aku tuh....

desperet la aku kan!!!

Saturday 19 November 2011

budaksungai bersuara

semalam xsempat nak update.. 
mak call aku. aku happy.

tapi aku sedih jugak..
entah la... aku seriously xsetuju dgn pendapat itu.. mmg tidak...
aku sebolehnya akan nak tentang..
tapi kelemahan aku adalah mak.
mak need friends kat rumah.
mak perlukan teman.
cheah dah abeh sekolah.
farid lagi 2 tahun nak abes dah..
nak tunggu aku, lg 4 tahun..

anak2 yang lain tak ade yang nak buat rumah kat tepi rumah pun.

dan baru semalam mak berjaya buat aku senyap dengan kata-kata dia..
dan tiba2 ada rasa marah dgn org yang cakap tapi xfikir long term.
aku tak salahkan sesiapa.
aku jugak kadang2 membabi buta tak fikir lama..

dan tak perlu untuk aku ketengahkan isu ni.

apa yang aku nak highlight kat sini...
jika mereka atau aku sekalipun tidak mahu hal itu berlaku, sila tampil kehadapan. utarakan hujah anda. kemudian, bina rumah sebelah rumah kite temankan mak bapak.
dengan itu, hal ini akan settle..
aku yakin xada sapa yang tak puas ahati lepas ni..

aku tak menyebelah sesiapa. dan aku bukan golongan yang lepas tanggungjawab.
tapi itu kehendak mak bapak buat masa ni...
kita tak boleh paksa...

Thursday 17 November 2011

mini project video arabic version

16 hb 11 2011 bersamaan hari selasa kami dengan jayanya telah berjaya menapak ke port dickson untuk menjayakan project video bahasa arab.
orite.. agak letih..
dan barulah tahu.nak buat filem tu bukan senang. kami baru buat video 10 minit dengan iklan 2 minit. itu pon macam dah susah sangat dah.

walaupun begitu, aku dan bmd3's members tetap give best support la even ada 2 ke 3 benda yang kami rancang terpaksa dibatalkan.
such as, nak melawat muzium tentera darat. for your information, muzium tu tutup pada hari isnin dan selasa.. so kami pun snap sahajala gambar mana2 kenderaan yang tercapai dek lensa untuk membuktikan hasil kerja.
second, port dickson mini zoo. 
aku tak tahu la betulkah itu zoo. sebab aku xnampak rupa zoo pon. selerak, semak dengan besintah pape. cuma kehadiran kami disambut oleh sekumpulan lembu2 pelbagai saiz yang keluar untuk meragut rumput yang tak berapa nak subur tu. 

yang paling kecewa sekali, xtvt ride banana boat n mandi pantai kalau tak, terpaksa batal sebab nak kejar masa pukul 6 tu. tapi bincang punya bincang, akhirnya kedebussshhh jugak... tapi tak semua la yang nak join. hahaa
tapi aku yakin. depa yang tak join tu sangat lah jelous dengan keseronokan kami..
sampaikan ada yang siap buat plan awal nak pi lagi bila ada masa senggang.

aku gelak je. asal asement setle, kompom aku xboleh tertinggal.

Monday 14 November 2011

muzika

wah... walaupun penoh dengan assemen tp aku nak share sikit benda... 
hahaaa..
aku baru tengok video matlutfi 
not bad.
itu pendapat dia. jadi, dia berhak berkata. lagipun bila dia nak bagi pendapat or something dia akan memulakan dengan word yang dia tu cuma berkata atas dasar dia la.
aku suka semua video yang dia upload. nampak dia dah kembali ke gaya asal dia. sebab 2 ke 3 video dia sebelum ni agak serius. faktor persekitaran kot. bajet aku memahami la ni.. 


rentetan dari itu, aku terus tengok video klip lagu 
time lagu ni, aku tergelak sikit la
aku bkn nak komen lebih2 pasal lirik ke, video klip ke. hape ke.. tapi...
aku cuma tak berapa faham la kan..
kenapa mereka bergerak-gerak, tergerak-gerak sebegitu rupa?
seriously, cam hillarious gila.. hahaaa..
opppsss
sorry peminat forteen. tu pandangan aku.. Heeee

tak habis setakat tu, aku usha pulak video klip ni..
aku xder nak komen ape la pasal video yang ni...
dah alif satar memang suka perasan hensome...
oppsss
maaf pulak kat alif satar fan..

kemudian, 
ada pautan untuk aku usha VIP punya stail.
sincerly, aku seronok dengar lagu ni. aku enjoy dengar muzik yang tak lah bingit sangat.
cuma
 aku tak suka langsung make up diaorang.. 
ngeri..
aku suka sebab walaupun lagu sedih, tapi rentak dia rancak kan.
ada la stail. bagi aku, bukan diaorang tiru kpop pon. dah muzik pop tu bkn 100% milik korean pun.
so, sumua pun berhak.

aku pun tetiba teringat kat satu band kpop nama big bang. satu-satunya group kpop yang aku rasa tak ada lah nak ala-ala comel sgt kot. kot la.
jadi, aku nak cakap la, aku ni layan semua jenis lagu dan genre.. cuma tak pada muzik india dan cina dan kadazan dan sabahan dan sarawakan dan yang pelik. 
kenapa?
entah.. belum terbuka hati nak minat.