Dia dan Diri ku

1

“Awak ingat apa yang saya cakap selama ni cuma main-main?” Suara Ammar perlahan, biarpun dalam hatinya sangat kecewa.
“Saya pun dah cakap, saya memang tak boleh. Tak faham?” Aku tak pandang muka dia. Aku main-main dengan hujung tudung aku.
“Bagi saya sebab yang kukuh. Berdiam tak boleh selesaikan masalah Ana.” Ammar ni kan. Aku dah rasa sebab yang aku bagi tu sikit punya cukup dah. Sebolehnya dia mahu memujuk. Masih mencuba.
Apa lagi la yang dia ni tak faham. Aku tak sayang kat kau la. Ni bukan masalah aku, ni masalah kau. Kau yang cari masalah dok suka kat aku buat apa? Ramai lagi wanita yang memerlukan kasih sayang dan perhatian serta cinta anda wahai Encik Ammar. Aku bukan untuk kau la. Tolong la faham bahasa Malaysia.
“Tengok. Awak masih lagi nak senyap. Diam. Kaku. Tolong bagi saya sebab untuk bagi bukti yang awak memang tak boleh terima saya.” Bukti apa lagi nak. Kan dah cakap tak nak. Ada perkataan yang lagi mudah tak nak bagi dia ni faham. Tolong, siapa-siapa bagitahu.
“Okey la. Saya letih dah. Jom kita kahwin.” Aku dah malas nak fikir sebab dia memaksa sekarang. So, aku bagi jawapan dalam terpaksa.
 “Serious?” dia minta kepastian.
“Saya dah letih. Tapi saya tak jamin apa-apa kalau awak kahwin dengan saya.” Semuanya. Semuanya aku tak jamin. Awal-awal aku bagitahu.
“Jaminannya adalah awak akan jadi wife saya and I, will be your husband.” Sengihnya.
Ewww.. rasa macam tak sedap didengar ayat tu. huarrrgghh… Aku memang dah letih dan penat 4 tahun hidup macam tu. Kalau bakery tu tak ada, aku tak tahu jadi apa dengan hidup aku. kalau tak ada ayah memang hopeless kot. Kot-kot mahu aku jadi gila.
 “Saya akan hantar rombongan  secepat mungkin.” Serius je Ammar. Riak gila terkejut tu dah berubah serius dalam senyuman. Agak-agak macam mana tu?
_________________________________________________________________________________

Kepala sakit. Otak dah dekat nak parah.
Aku nak kahwin dah. Untuk kali yang ke dua.
Yang pertama dulu kau tak sempat kahwin sangat la. Kau dengan dia tak sempat buat apa-apa pun.
Ape pulak, aku dah menikah la!
Hesshh, sehari je? Belum cukup lagi kau nak kata kau dah rasa alam perkahwinan tu! banyak lagi yang kau tak tahu pasal hidup berumah tangga.
Tapi aku sayang orang yang aku dah boleh gelar suami tu!!
Kau belum layak untuk bergelar isteri lagi.. belum Ana. Tolong lah kau terima hakikat itu. Hakikat tetap hakikat. Jangan menidakkan hakikat. Berkata lah yang benar walaupun pahit.
“Diammm!!”
Muka senget Jas memandang Hanan pelik.
“Ape hal dah? Mana ada orang bising.”
Hanan meraup muka. Nafas ditarik panjang.
“Jemput datang aku kahwin nanti Jas.” Laju dia menutup mulut atas ketelanjuran berkata.
“Are you serious? Gila. Takkan secepat tu? Dengan sapa pulak ni? Akhirnya dapat gak kau jumpa someone yang dapat gantikan iz..”
“Izat always in the bottom of my heart. Jangan nak pertikai.” Kepala diangkat memandang Jas.
Jas mengetap bibir. Tau takut bila aku datang aura membunuh tu.
“At least jawab la soalan aku.” Konon-konon merajuk. Tapi tetap rasa bersalah mengungkit hal Izat yang dah tak ada.
“Entah la. Macam tak betul pun ada aku rasa. Anggap ajelah Allah nak bagi rahmat Dia kat aku.” Aku pantas menaip report untuk akhir bulan Mac.
“Memang lah tak betul kalau dengan sapa kau nak kahwin pun kau kata entah. Kau kena ingat Ana. Perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dibuat main. Ia memerlukan pegorbanan yang sangat besar. Kau kena sanggup berkongsi segalanya. Segalanya.” Wah wah. Bukan main panjang dia bersyarah. Apa salah aku?
“Dah tu? Apa masalah yang kau Nampak kat aku sekarang?” Jas mengerdip mata tiga kali.
“Aku okeylah ni. Sebab tu aku decided nak kahwin dengan Ammar. My.. my.. my prince charming sekarang.” Terasa macam sangkut sikit kat tekak waktu mengungkapkan kata-kata tu. Aishh.. kai fa halla!
“Wahh..” Tangan menggenggam buat gaya teruja yang teramat sangat la pulak Jas ni. Kau pun bole la kalau setakat nak kawin cepat-cepat dengan Arif tu.
“Aku yakin, dia charming.”


Aku sekarang masih buntu.. B.U.N.T.U. aku tak tahu keputusan ni datang macam mana dan macam mana aku boleh gila strong bagi jawapan yang dia tak Tanya.. yes.. Dia tanya  untuk berkenal. Aku pun tak tahu la aku ni kenapa. Padahal aku kenal dia dah lama. Sejak aku belum mencecah umur 20 lagi. Sepatutnya, aku mesti akan lebih senang nak ngam. Argghh.. Mungkin sebab tu la yang buat aku jadi macam ni. Hahhh…
“Mengeluh.” Jas pandang aku sejenak.
Jas teman setia. Dia yang aku pernah abaikan sebab aku terlalu ikut perasaan sangat. Aku mula berfikir bila dia ungkap satu ayat.
“bila orang kau sayang tu pergi, tak bermakna orang yang sayang kau perlu kau abaikan.”
Lebih menyayat lagi…
“Aku terasa dengan apa yang kau buat kat kami. Biar orang lain tak bagi tahu, tapi aku tak setuju apa yang kau buat. Ikhlas dari sudut hati aku paling dalam… aku touching.”
“Jas…”
Jas pandang aku sejenak. Tapi bila dia perasan aku diam, dia focus memandang aku.
“Why? Ada masalah dengan prince charming dia ke?” gelak dia mengejek aku.
“I’m so sorry.”
“sorry sebab kau kawin dulu? Tak ada maknanya aku nak jealous!” dia buat muka mengejek lagi.
“About what I’ve done to you.”
Aik??
            “Past is past. No body is perfect la.  Tak yoh oyak gitu doh..”  hahaaaa… boleh plak dia nak cakap Kelantan time ni.. belajar dari arif la tu. Tapi dah macam Kelantan murtad dah tu.
___________________________________________________________________________
“Awak.. err.. kita cari barang kahwin.. Jom..” Matanya tidak memandang lurus kea rah Hanan.
“Err.. ha…” Aaaa… Mengapakah aku jadi begini? Mengapakah aku gagap? Mengapa? Sila lah cool cik Ana!
“Sekarang saya tengah kerja. Saya ambik awak dalam pukul 7 malam?” Tanya Ammar sambil mata tepat memandang jam di tangan kiri. Tahu.. tahu waktu kerja, dok call orang buat ape? Haishh…
            Dia berkira-kira untuk sampai tu bkn dekat tu antara office dia dengan tempat aku. Tapi gagah nak ambil juga petang-petang cam gitu. Eh, bukan petang. Senja. Tak payah nak keluar sangat la senja-senja gajah tu cik bang oi.
“Dekat sangat dah tu.” Telefon bimbit bertukar telinga.
            “Aaa?” Mata dikecilkan untuk memahami ayat Ana. Tangan yang tadi memain-main mechanical pencil terus berhenti.
“Maghrib. Dah dekat sangat dengan maghrib. Kan elok kalau kita keluar siang-siang aje.” Aku menolak gaya sikit punya baik ni. Aku bukan tak nak. Tapi senja. Aku malas lah.
Terdengar keluhan dihujung talian.
“Kita keluar siang. Saya akan call awak nanti. Okey.” Suaranya cuba diceriakan sehabis mungkin walau aku tahu keluhan tu makna apa. Haha. Aku nak buat apa lagi.
“By the way, take care of yourself.” Senyum dihujung talian.
Angguk. Eh? “O.. key” jawab Ana ringkas.
Apa jenis la orang nak kahwin macam ni. Cakap pun sepatah-sepatah. Tanya sepatah jawab sepatah. Tanya lima patah pun jawab sepatah. Tak ada ucapan membahagiakan di akhir conversation. Paling kuat pun take care. Hati-hati. Jaga diri. Masih dalam maksud yang sama. Wah, bosannya Encik Ammar dia.
STOP!!
Awak lah the one yang buat segalanya jadi bosan okey. Don’t blame others. Please! Puiii!


kenapa selama ni, tak pernah la nak terima segalanya dengan hati yang terbuka. Redha. Allah jadikan sesuatu tu pasti ada hikmah. Adakah yang pergi tu akan kembali kalau kita sentiasa mengharap? Adakah yang pergi itu akan rasa tenang kalau begini lah keadaannya? Adakah? Adakah? Dan adakah?
Mama.. kalau mama ada lagi. Boleh orang cerita kesedihan ni. Lepas tu, mama mesti akan suggest something yang baik untuk kak yong. Wah, susahnya hidup ditinggalkan orang tersayang seorang demi seorang. Papa, paan dengan ijan ada. Yang lain pun ada nak teman kan yong. Mama mesti tenang kat sana okey? Yong dah nak kahwin tau mama. Kahwin dengan orang yang mama nak sangat jodohkan dengan yong dulu.
Air mata yang berlinangan dikesat dengan hujung lengan baju kurung.
Orang balik dulu mama. Orang tak nak menangis lama-lama depan kubur mama.
Aku berjalan menuju ke arah berdirinya Ammar yang volunteer nak teman aku ke tanah perkuburan mama. Di pagi Ahad ni. Entah la kenapa sangat dia ni. Waktu ni kan elok kalau orang bujang macam dia tu berehat-rehat ke jogging ke. Hang out dengan kawan-kawan ke. Ammar juga bersama membaca yassin tadi. Lepas menyiram air mawar, Ammar meninggalkan aku bersendirian. Mungkin faham situasi ketika itu. 
“Jangan pandang muka orang lama-lama la.” Aku menegur Ammar waktu dia asyik pandang muka aku yang lepas menangis. Agak-agak dia ni tak ada perasaan ke nak lepaskan aku hidup aman ke? Tak boleh ke? Atau pun tiba-tiba dia kata, “Hani, jangan paksa diri awak kalau awak tak boleh terima saya. Saya boleh batalkan majlis tu.” Kan? Kalau boleh..
“Tak pandang muka pun. Pandang mata tu je.” Slamber dia cakap dan terus berpaling masuk ke kereta.
Tak ada beza okay. Mata aku terletak pada muka aku.  
“Barang hantaran, awak tak payah risau. Saya akan uruskan.” Ammar memecah kesunyian kereta yang radio pun tak pasang. Selalunya memang dia masuk kereta je, automatic akan on kan radio. Tapi hari ni, bagi laluan pada si bunga yang sedang bermuram durja balik dari tanah perkuburan. Ni namanya etika. Sila faham situasi.
“Kenapa macam tu pulak? Awak ingat saya tak ada duit?” Sentap pulak aku.
Dia senyum 3 saat sebelum menjawab soalan aku yang lebih kepada pernyataan bukan soalan yang perlu dijawab.
“Saya tau, awak banyak duit. Tapi saya lagi banyak. Saya pun tak pernah cakap businesswomen macam awak tak ada duit.” Tenang sahaja dia menjawab. Tenang-tenang pun, panjang jugak jawapannya.
“kalau macam tu, hantaran untuk awak saya beli.” Aku bertegas. Malas nak gaduh. Jadi, aku bagi statement mengarah tu
“Betul ke awak nak beli?” dia senyum meleret.
“Tak ada main-main la tapi.”
“Then kena beli sama-sama. Saya dengar cakap awak, awak dengar cakap saya.” Muka aku tidak dipandangnya.
“Susah la dapat orang macam awak ni.” Aku merungut perlahan. Tapi tak sangka dia dengar.
Dia senyum. “lagi susah nak dapatkan awak. At least, saya tahu la sikit apa yang awak suka, apa yang awak tak suka.” Tak kan nak bagi free? Beli 2 percuma 1. Yang percuma tu aku? Hai brader, memang tak kan… lagi satu. Penting ke nak tahu semua tu? lambat laun tahu jugak.
“Ana, nak Tanya sikit je. Boleh?”
“lima ringgit.” Mungkin dia ingat aku main je. Tapi aku serious okay. Lima ringgit mari.
Lambat-lambat dia seluk laci dalam kereta tu. Kebetulan ade 4 ringgit.
“hutang lagi seringgit tak boleh?” aku bergurau je tadi. Tapi, bila dia hulur 4 ringgit tu dah alang-alang kan. Layankan je.
Aku buat muka tak tahu. Dia mula seluk poket kanan. Tangan kiri mengawal stereng. Aku gelak dalam hati tertahan-tahan.
“Nah.” Dia hulur 5 ringgit. Aku ambil tanpa rasa dosa sikit pun. Yang 4 ringgit tu aku simpankan dalan laci kereta dia. “Sekarang boleh dah kan?” dia pandang aku lama.
“Pandang depan. Nanti kena langgar kereta mahal ni karang.” Sebenarnya, aku sayang lagi nyawa aku.
Dia ketawa perlahan. Ekor matanya memandang aku yang langsung tak pandang dia.
“Tanyalah.”
“Awak… awak betul benci sangat kat saya ke?”
Gulp! Soalankah ini? Perlukah aku menjawabnya? Atau perlukah aku membiarkannya?
“kalau orang benci kat awak, awak rasa orang tu kena bagitahu kat awak ke yang dia benci kat awak?” aku malas nak jawab. Soalan entah apa-apa entah.
“Tu bukan jawapan.” Jari telunjuk tangan kanan dia menidakkan juga jawapan tu.
“Ataupun begini, kalau awak bencikan seseorang awak sanggup ke nak bagitahu yang awak bencikan orang tu?”
“Itu juga bukan jawapan.” Gaya sama dia buat.
“Tanya soalan lain. Saya tak prepare jawapan untuk tu.” Ini juga statement berunsur arahan aku yang menandakan aku tak ada jawapan atau aku tak ada idea atau lagi senang aku malas nak fikir.
Aku Nampak muka kecewa dia. Tapi tak lama tu, dia pandang aku bagi hint, ada soalan baru. Aku ye kan je.
“Awak…. Sure ke nak kahwin dengan saya?”
Adusss! Dia ni memang sengaja la.
“Soalan apa ni?”
“Entah. Awak jawab aje lah.”
“Boleh ke kalau saya nak tarik diri sekarang?” aku berteka-teki dengan jawapan aku sendiri. La, ingat aku nak sangat la tu kan kat dia.
Dia ni memang kan. Orang Tanya dia, dia boleh jawab dengan soalan lagi.
Dia memilih untuk memandang aku lama sebelum memberhentikan kereta di kaki jalan. Aku risau sendiri. Kepala aku toleh kanan dan kiri. Lega. Jalan ni bukan kategori jalan sunyi, seram dan sebagainya. Kiranya, kalu dia nak buat apa-apa kat aku pun still aku boleh teriak minta tolong.
“Awak memang tak boleh langsung ke terima saya?” seat belt ditanggalkan. Aku ikut buat perkara yang sama. Soalan dia tu, aku buat dengar tak dengar je. Lama kita orang senyap waktu tu.
“kalau dalam pop quiz awak jawab soalan lambat macam ni, for sure awak gagal.” Dia buat andaian. Mukanya ditarik senyum segaris.  Memang lah. Dalam exam minta maaf la aku nak jawab lama-lama. Habis jawab, habis semak aku berhambus lah.
“ada soalan yang saya terlepas dengar ke?” time-time ni la aku nak buat suara tak bersalah tu. Kenapa dah pulak? Kesian? Memang Tak lah kan. Sebab suasana ni. Terlalu sunyi dalam kereta ni walaupun kat luar bising bunyi enjin kereta lalu lalang. Rimas la pulak aku pun.
“Saya tanya awak, dan paksa awak jawab. Awak memang langsung tak boleh ke terima saya?” suaranya dah mula menegas.
Waktu tu, jari telunjuk aku ni pun gatal sangat nak tekan button on radio. Dan bergema la bunyi lagu Adele, someone like you. Aku suka lagu ni. Tapi, tangan dia lagi laju meng ‘off’ kan radio tu, belum sempat pun Adele bagi habis satu nafas. Aku agak terkejut dengan tindakan dia. serious sangat ke dia ni?
Dia tarik nafas panjang. Matanya sudah kembali focus kehadapan dan berkira-kira nak mulakan perjalanan balik. Aku Nampak muka ala-ala marah dia.
“Fine.” Sepatah perkataan tu keluar dari mulut dia yang aku kenal sebelum ni sangat banyak bercakap dan bercerita dan mengetawakan aku serta menyakat aku. Tapi sekarang, dia sangat berbeza lepas ajak aku kawin tu. Eh? Dia ajak eh?
“Saya dengar soalan awak tu dari yang first lagi.” Pengakuan berani mati tu aku buat.
“Dah tu, ada orang lain lagi ke yang saya nak bagi tuju soalan tu kat dalam ni?” laju dia jawab. Better la dari diam. Kalau diam, mesti marah.
Okay. Aku la salah ni kan.
“kenapa awak nak tanya soalan macam tu sekarang? Dan kenapa awak tak Tanya waktu mula-mula dulu? Kenapa? Kenapa? Pelik sangat awak ni tau.” suara emosional aku dah keluar.
Dia gelak perlahan menampakkan barisan gigi tanpa nikotin rokok tu dan mengetap bibir bawahnya. Yeke tak merokok. Bibir merah, tak semestinya tak merokok. Gigi bersih pun tak semestinya tak merokok. Ini terbukti. Aku dah banyak kali tertipu.
“Awak lagi pelik. Memang la saya tak tanya, sebab awak yang ajak saya kahwin.” Dia kenakan aku. Muka aku merah menahan malu ayat ‘awak yang ajak kahwin’ tu. kalau ya pun aku ajak, tapi pengaruh dari siapa kalau tak bukan anda, Ammar?
“Dah tu, buat apa tanya sekarang? Perlu ke? Perlu ke?” tersentap aku di situ.
“Sebab saya rasa perlu tiba-tiba. Sebelum perkara lain jadi, lebih baik saya tanya awal-awal.” Jawab dia. Apa-apa jadi apa?
“kalau ye pun saya terima mestilah sebab saya tak nak orang-orang kat sekeliling kita malu. That’s all. Tak lebih dari tu. Awak tu yang patut fikir betul-betul. Saya tak nak awak menyesal.” Dua kali aku dah warning dia. Nak undur perahu, boleh la undur sekarang. ke nak tunggu warning ke tiga? Yang ketiga, tunggu dan lihat lah. Sebab belum fikir.
“InsyaAllah tak menyesal.” Confident je cakap.
 “Cepatlah jom balik. Penat la duduk lama-lama dalam ni.” Aku peluk tubuh betulkan duduk.
“Sebelum balik awak kena janji dengan saya satu benda.” Permintaan Ammar buat aku sekali lagi rasa nak menyentap sahaja.
“Apa lagi?!”
“Jangan lah marah dulu. Lagi banyak awak marah, lagi cepat awak tua tau? My bride to be kena always senyum. jangan kerap tersentap dan menyentap. okay?” Tu dia. Dia dah mula dah. Saja la kan nak buat aura jiwa-jiwa time-time aku tengah panas ni.
“Awak nak apa lagi ni? Tolong lah, make it short.” Aku dah penat dah nak control segalanya dengan dia ni.
Dia senyum bermakna.
“Sebelum kita kahwin, apa kata kita ubah cara hidup kita. Kita couple pun sekejap sangat. Jap lagi dah kena kahwin.”
Aku rasa malu sendiri dengan permintaan dia. Dah berapa kali malu aku hari ni. Apa dia cakap macam ni tak malu ke hape? Nak ubah cara hidup? Tak calang-calang tu. Biasa-biasa pun okay je aku rasa. Tak payah nak ubah cara hidup sangat lah.
            “kita kena selalu message. Kalau kita keluar, awak kena cakap awak pakai baju warna apa. Atau boleh je kalau nak sama warna tiap-tiap hari.” dia tak pandang muka aku. Aku pulak dari malu dah tukar rasa cam kelakar gila dengan demand pelik mamat ni. dia ni macam main-main pun ada.
“Kan kita selalu je messages. Ha, colour baju kita hari pun dah sama. Nak kena macam mana lagi?” Aku cuba mengawal suara sesabar yang mungkin. Nak kata tak matang lagi, dah tua mamat ni. Nak kata apa lagi pun aku tak tahu.
“Message selalu tu jarang. Baju hari ni pun, kebetulan je.” Dia merungut lepas tengok baju kurung coklat bunga krim aku.
“Sudah la tu. Yang kebetulan tu la jodoh lagi panjang. tak payah nak rancang-rancang sangat la.” Ayat ni keluar tanpa aku fikir panjang. aku pun tak berapa perasan apa yang aku cakap. Focus nak balik je sekaranga ni.
Dia senyap seketika.
“Betul!”
“Apa yang betul?”
“Tak payah rancang, jodoh lagi panjang. kan awak?”
“hmm..” tak payah lah aku nak jawab panjang-panjang. sat lagi, panjang pulak bahas dia. 


2
rasa macam nak membebel je. Macam dah hilang rasa malu aku nak bersuara macam mula-mula dengan dia dulu. Aku pandang dia yang slumber dengan tangan sebelah kiri sahaja yang mengawal stereng kereta. Tak ada riak yang boleh aku nak ulas dengan lebih lanjut.
“Dua minggu awak tak jumpa, tak contact saya.” Dia diam sebentar. “Awak tak rindu tunang awak ni ke?” gaya masih seperti tadi. Aku pulak yang terdiam sekarang ni. Baru aku perasan dua minggu dia tak call, SMS aku. Aku ada juga tunggu. Tapi tunggu je la. Malas pulak aku nak tahu kenapa, di mana dia sepanjang dua minggu tu. tak ada hati nak buat semua tu.  
“Saya rindu sangat kat awak tau.” Dia meluahkan rasa hati. Lain yang ditanya, lain pulak yang dijawab. For sure, keluar tajuk.
            Aku malu sendiri dengan pengakuan dia. Terasa muka ni panas. Darah aku yang jenis O ni dah menyerbu habis kat muka ni ha. Memang la aku tak ada perasaan kat dia, tapi bila dia cakap dengan riak yang sangat serius, jantung aku ni seram jadinya. Weh, cool aje la weh!
“Saya faham la kalau awak tak rindu saya pun. Tapi saya rindu je kat awak.” Dia ulang suara. Lebih relax dari yang tadi. “Awak tak payah nak malu kalau nak mengaku awak rindu kat saya, sebab saya ni tunang awak dah. Kejap lagi, jadi la hubby awak tu.” Lancar sahaja Ammar ni bercakap. Dia ni demam kot. Cakap mengarut-mengarut. Rindu-rindu bagai. Boleh makan ke dengan rindu?
            Tapi conclusionnya, aku malu sekarang ni. Dan aku buat-buat la main hujung tudung aku. Dah kat dalam kereta dia tak ada mainan. Kalau ada, boleh juga aku nak rembat sebijik buat main waktu-waktu genting ni.
            “kita makan dulu jom. Saya lapar la. 3 hari saya tak makan.” Tak makan 3 hari dah kenapa? Ikutlah. Karang aku bantah-bantah karang banyak pulak dosa aku sesama manusia ni karang.
Tengah makan.
“Ana pandai masak asam pedas tak?” tiba-tiba dia tanya soalan tu kat aku. Kat siapa lagi pulak kan. Aku dua je kat meja tu pun sekarang.
“Tak.” Jawab je la kan.
Aku pandang dia. Dia angguk. Reaksi tak gembira.
“Dah tu, nak buat macam mana. Memang tak tahu.” Aku sakat dia. Dia pandang aku balik lama.
“Tak cakap apa pun.” dia pandang aku mengejek. Aku buat-buat pandang lain.
Aku sekarang ni, cuba nak buat hubungan ni rasa macam bahagia la. Aku bukan apa tau, aku teringat Jas pernah cakap tu. Sayangi orang yang sayang kat kita. Aku cuba la. Walau hakikatnya, hampir mustahil. Aku bukan memberi harapan palsu pada dia. Aku Cuma mencuba.
“Dah tu, awak pandai masak apa?” dia sua ayam masak rendang yang dia kata sedap tu ke mulut aku. Tapi aku capai pakai tangan aku. So, ayam tu, bukan dia suap la. Jangan salah faham. Kan aku ada tangan.
“Orang tak tahu masak. Makan pandai la.” Aku suap makanan aku dalam mulut. Berlagak selamber. Aku tak pandang pun muka dia yang dok asyik pandang aku dengan mata yang dikecilkan tu.
“Awak jangan main-main tau.” Dia mengugut aku.
“Sungguh!” aku anggguk. “Bakar kek pandai la.” Aku buat tak tahu je dengan ugutan yang tak mengancam nyawa dia. Dia dah siap makan. Aku dah hampir siap. Standart la laki makan cepat sikit dari wanita. Kira aku normal la. Makan penuh sopan santun. Tapi bukan la yang cover over sangat. Sikit-sikit yela.
Dia buat muka sebelum bangun untuk ke sinki. Lepas dia duduk, aku pandang dia yang tengah mengelap tangan guna dua helai tisu. Membazir je. Pakai satu sudah la.
“Awak tukar spect baru eh?” aku perasan spect dia lain. Bingkai penuh juga, Cuma corak dan warna tu lain. Sebelum ni warna marron gelap aku rasa. Sekarang warna hitam.
“Tak lah. Saya banyak spect. ” Dia tarik muka.
“Yelah tu.”
Dia sengih. “Sekurang-kurangnya, awak perasan jugak kan.” Dia sengih lagi. “spect terjatuh dan terpijak time nak bagun tidur waktu kat hotel.” Sebijik-sebijik ayat tu keluar dari mulut dia. kira padat la. Tak payah tanya panjang-panjang.
“Careless!” aku tuduh dia.
“Macam tu pulak. Ni kira cermat la. Member orang kat Aussie dulu, dua bulan sekali tukar spect.” Dia bela diri. Nak menunjukkan yang dia tu cermat orangnya.
“Sebab dia tambah power.” Aku meneka. Tak mahu nak kalah. Aku nak buktikan yang dia careless.
“Tambah power buat apa tukar spect. Tukar lens sudah lah.” Dia pulak masih nak buktikan yang dia cermat. Fine la, fine la.
“Pakai la contact lens.” Aku mengarah.
“Tak suka. Tak minat. Tak berkenan. Dan tak sebagainya.” Oh, maknanya memang dia tak suka la tu. “Pernah pakai dulu, tapi tak best. Pakai spect pun tak best jugak, tapi dah takdir. Kena pakai jugalah.” Redha je dia ni. Aku gelak dalam hati. Tu dulu mesti tengok tv rapat-rapat. Kerja menghadap laptop sahaja ke. Pasal tu rabun tu. Aku mengata dia dalam hati. Nanti raya aku minta maaf.
Aku buat muka. Lepas tu aku senyum. Dia buat isyarat nak pergi kaunter bayaran. Aku ikut langkah dia dan terus keluar sama-sama.
“Awak nak pergi mana-mana lepas ni?” aku Tanya dia.
“Asal kan awak ada, kat mana je pun boleh.” Dia ketawa sendiri. Rasa lucu dengar ayat sendiri. Aku dah rasa pelik. Ni la kut effect sakit dia.
“Kita balik la.” Aku bagi cadangan yang mematikan segala buah akal fikiran dia.
Dia mengeluh.
“kita baru je jumpa. Takkan nak balik dah? Kan saya dah mention kat awak, saya rindu kat awak.” dia tak malu ke cakap macam tu. Aku yang dengar ni pun malu je nak dengar ha. Lepas tu suka buat muka kesian. Mengada kan dia ni. Betul dah, dia ni sakit. Cuma aku tak tahu sakit apa aje.
Time muka dan perangai slumber dia datang tu, jangan harap la nak Nampak muka kesian dia yang sukar digambarkan tu. Memang rasa nak je bagi sedas dua. Ha Nampak tak ayat ganas dah keluar. 18 SG.
“habis nak pergi mana.” Soalan aku tu, gaya macam aku setuju je nak keluar lama-lama dengan dia ni. Dah kenapa pulak ni?
“Awak pernah berkayak tak?”


Dia cuba nak pakaikan safety jacket yang aku pakai ni tadi kat aku. Tapi, aku rasa aku reti kot nak pakai. Even aku tak reti pun, maybe aku mintak guide je. Tak perlu lah sampai kena pakaikan. Nanti orang ingat aku pulak yang terlebih gedik. Mintak maaf la ye kawan-kawan. I’m not a kind of that person.
“Seronok kan?” dia senyum je dari tadi. Dari awal sampai, sampai sekarang.
Biasa aje. Tak adalah seronok mana. Sebab aku tak nak rosakkan mood dia. Jadi aku angguk je tambah senyum secalit. Baru Nampak ikhlas. Pandai kan aku berlakon suci.
“Penat la.” Aku mengeluh perlahan.
“Tak apa. orang kayuh. Ana rehat. Nanti jap lagi, awak kayuh, orang pulak rehat, baru fair.”
Aku gelak dengar arahan tak releven dia. Kalau dia kayuh, aku rehat boleh terima. Dia rehat aku kayuh, tak boleh diterima. Aku kayuh jugak sama-sama dengan dia.
“kata penat.” Kayuhan dia tetap gigih. Cuma agak slow la. Tak tahu la kenapa. Mungkin penat jugak kot. Entah. Dia tak cakap pun dia penat. Tak penat la kot. Aku kan straight orangnya. Kalau penat, cakap je penat.
“Tak nak kayuh time orang tu rehat.” Ringkas jawapan aku. Tapi dia gelak bersemangat. Betulla apa.
“Ala, rehat je. Main-main je la.” Dia bersuara perlahan. Ala-ala angin lalu je aku dengar suara dia tu.
“Mana ada penat. Seronok.” Lagi sekali aku tipu dia. Memang banyak dah benda yang aku buat hari ni yang aku kena minta maaf kat dia dan bertaubat nasuha ni.
Tapi aku rasa tak apa kot menipu untuk menjamin kegembiraan orang lain. Kan sekarang aku sedang menggembirakan hati tunang aku sendiri. Ceh, tiba-tiba mengaku tunang. Boleh je aku rasa. Aku rasa la. Tolong jangan ambil berat sangat dengan apa yang aku fikir ni.
“kejap lagi, kita sampai. Bertahan ye?” penipuan aku dapat dirasai ke? Ah, sudah. Terbeban aku!

            Dalam perjalan balik dia hantar aku, aku tertidur. Entah kenapa aku boleh tertidur. Nak nak pulak, dalam kereta dia. Aku sedar bila ada orang hon kereta dia kat traffic light.
“kita dah dekat dah. Kacau la kereta tu. Tak sabar sungguh!” sapa dia lepas Nampak aku terbangun.
“oh.” Tu je respon aku yang bangun terkejut ni. Nasib la aku dah biasa dengan benda mengejut-mengejut ni. Dulu aku nak jadi doctor, tapi aku batalkan niat suci tu memandangkan aku memang tak ada cirri-ciri itu.
Aku tengok jam kat dashboard. 3.50 p.m. lepas tu aku dah tak boleh nak tidur dah. Kesian pulak kat Ammar. Sorang-sorang drive. Aku boleh tidur lagi.Yang aku asyik nak kesian je kat dia hari ni kenapa? Musykil sendiri aku. Rimas pun ada. Biasala manusia.
Tak banyak pun yang kami sembangkan lepas aku bangun tu. Cuma cerita pasal kerja dia sikit. Baru aku tahu. Dua minggu tu, dia kat bandung. Conference kat sana. Maklumlah orang busy. Aku pun bukan tahu sangat kerja dia ni macam mana. Tapi, dia describe, kerja dia ni memang asyik nak kena keluar ke sana ke mari. Tak dalam Negara je,luar Negara pun boleh. Untunglah semedang jalan kan.
“Bukan jalan-jalan. Tapi buat kerja. Cari duit. Tapi sambil menyelam ada la terminum air kan.” Macam tahu-tahu je apa yang aku fikir.
Sampai juga akhirnya. Aku bukak pintu kereta sendiri. Tak adalah kot macam orang lain yang laki mesti buka kan pintu untuk perempuannya. Childish! Tak perlu buang masa, tunggu dalam kereta untuk si dia bukakan pintu untuk anda. Kan ada tangan sendiri. Nak romantik-romantik, bab lain masih banyak okay.
Dia buka bonet sebelum mendekati aku yang ketika itu sedang menutup pintu keretanya. Lepas tu aku jalan dekat sikit la dengan dia lepas mengendur-ngendurkan segala urat dan tulang belulang yang tadinya sukar bergerak.
“Nah, awak punya.” Plastik bunga-bunga pink tu bertukar tangan. Aku jenguk dalam dia sebelum plastic tu bertukar tangan. Macam kain.
“Apa ni?” memang aku tak tahu cerita. So, aku tanya la sebelum aku nak jawab terima kasih banyak. Yela, kot la bukan aku yang empunya.
“Dari bandung. Saya tak tahu warna apa awak suka. Harap awak suka la warna favourite saya.” Dia senyum. Muka dia Nampak merah sikit. Malu ke? Rasa nak gelak. Sila ambil masa untuk gelak sebentar. Tangan dia dua-dua duduk dalam jeans. Terharu aku dapat baju ni. Warna marron. Tapi aku tak tahu la baju apa. Takkan aku nak selongkar sekarang jugak. Tak beretika namanya.
“Terima kasih.” Ikhlas dari hati ni. Yela dapat baju, baru la nak ikhlas kan diri dari hati bagai. Kalau tak. Eh, manner ni. Ethic ni semua.
“Saya balik dulu.” Dia melangkah malas. Melangkah kebelakang sebelum menoleh jalan betul-betul.
Aku angguk.
“Sekejap.” Aku panggil dia. Langkah dia terhenti. Kemudian merapati aku apabila melihat aku senyap je lepas panggil nama dia.
“Kenapa?” keningnya diangkat keduanya.
Aku senyap. Perlu ke aku tanya? Nak tanya ke tak? Nak tanya ke tak?
“Kenapa Ana?” Dia senyum. Benci pulak aku tengok dia senyum. Jangan fikir bukan-bukan ye. Bukan aku tak nak dia pergi balik sekarang okey, jangan perasan.
“Awak sakit apa?”
“Sakit?” dia pelik dengan soalan aku. Yela. Sakit la. Pagi tadi dia kata kat ayah yang setakat ni dia boleh tanggung lagi sakit tu. Sakit apa?
“Ha. Sakit. Sick.” Aku menegaskan. Siap bagi bahasa inggeris lagi. Kot la tak faham.
Dia confius. Lepas tu tiba-tiba dia senyum.
Dah kenapa senyum ni. Orang Tanya betul-betul. Dia senyum-senyum. Mendapat jugak sedas dua ni karang.
“I’m sick of you.” Dia senyum lebar. Lepas tu terus tinggalkan aku terpinga-pinga sambil melambaikan tangan.
“Main-main la dia ni!”